Setiap ilmu di dunia bermula dengan kemahiran membaca menulis dan mengira. Tanpa kemahiran asas ini maka sukarlah perjalanan ilmu seseorang manusia. Sebagai pendidik , walau berada cuma di tahap pra-sekolah, tahun satu atau pemulihan , tetapi peranannya amatlah besar. Di sinilah bermulanya perjalanan seorang cendikiawan masa depan.
Thursday, 13 October 2011
Pemilihan Murid Pemulihan
PEMILIHAN MURID MENGIKUTI PROGRAM PEMULIHAN KHAS ( sebelum KSSR dan LLINUS )
Pemilihan murid berdasarkan kepada beberapa kateria yang telah di tetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Unit Pendidikan Khas. Murid-murid ini biasanya diambil dari kalangan murid-murid Tahun Dua dan Tahun Tiga yang mempunyai masalah tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Bagi murid-murid Tahun Dua , pemilihan berdasarkan ujian KIA2M yang diuji untuk murid Tahun Satu pada akhir tahun. Murid-murid yang gagal dalam ujian KIA2M ini secara automatik adalah calon murid Pemulihan Khas di Tahun Dua .
Murid Tahun Dua yang mengikuti Kelas Pemulihan Khas diberi ujian IPP2M sebagai ujian saringan untuk pelepasan dari mengikuti Program Pemulihan Khas. Sekiranya gagal ujian ini murid tersebut mestilah mengikuti Program Pemulihan Khas di Tahun Tiga.
Murid-murid yang gagal dalam peperiksaan PKSR (Bahasa Melayu dan Matematik) adalah juga dicalonkan murid Pemulihan Khas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment